
matlamat kami
Sebagai matlamat utama seorang ahli fisioterapi ialah bagi membantu pesakit untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap yang tinggi dan dapat difungsikan dengan sebaik mungkin. Tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik.
Sumber : Apa Itu Fisioterapi dan Kaitan Dengan Perubatan

Jika dilihat kini, ramai yang mengalami masalah darah tinggi dan kebanyaknnya menjadi lebih kronik apabila berlaku keadaan strok. Kebanyakan strok menyebabkan lemah fungsi anggota dan lumpuh kerana mengalami masalah dengan salur darah dan sebab-sebab lain. Ketidakfungsian atau lemah fungsi anggota itu perlu mempunyai seorang pakar atau ahli fisiologi untuk menjadikan ia kembali atau meningkatkan lagi kefungsian anggota tersebut.
Berjumpa ahli fisiologi dengan segera serta mengikuti tahap-tahap latihan secara berperingkat mampu sedikit sebanyak meningkatkan keupayaan otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak.