top of page

PENGETAHUAN

''Fisioterapi, yang dijalankan oleh ahli fisioterapi, membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Dengan tumpuan utama kepada pergerakan terkawal dan seimbang, peningkatan tenaga dan stamina untuk kebolehan bergerak yang lebih baik, fisioterapi menyediakan batu asas fizikal yang diperlukan di mana fungsi dan kemandirian lain boleh dibentuk"'

​
 

Adalah teramat penting yang mangsa strok dirujuk kepada ahli fisioterapi secepat mungkin. Lebih cepat fisioterapi dimulakan, lebih cepat otak mempelajari semula pergerakan-pergerakan biasa, dengan itu menyusun kembali laluan-laluan deria rasa dan pergerakan ke otak.

Fisioterapi terbentuk dari berbagai kaedah untuk membantu mangsa strok mempelajari kembali cara untuk mengimbang dan bergerak. Ini termasuk melatih pergerakan, atau sebahagian pergerakan, untuk menggalakkan kedua-dua bahagian tubuh bekerjasama. Kedudukan yang betul penting untuk memastikan yang otot-otot dan sendi kekal fleksibel dan tidak sakit.​
 

​Ahli fisioterapi akan menilai mangsa strok dan merancang program yang bersesuaian untuk membantu pemulihan pergerakan normal. Proses penilaian ini adalah berterusan. Matlamat jangka pendek dan panjang dibincangkan dengan mangsa strok di sepanjang tempoh pemulihan, dengan mengambil kira gaya hidup dan persekitaran tempat tinggal sebelumnya.


"'Fisioterapi adalah proses merehabilitasi seseorang agar terhindar dari cacat fizik melalui serangkaian penilaian, diagnosis,perlakuan,dan aktiviti pencegahan''

​

 

​''Mungkin banyak pertanyaan bagaimana seorang fisioterapi melakukan rawatan kepada para pesakit yang memiliki gangguan kesehatan di atas. Yang jelas, pengubatan dengan memakai metode ini memerlukan keterlibatan pesakit secara aktif dan kedisiplinan. Oleh kerana itu, fisioterapi akan melakukan pemeriksaan terhadap penyakit Anda, mendiagnosis, dan membantu Anda memahami permasalahan yang hinggap di  tubuh Anda. Fisioterapi membutuhkan keseriusan Anda karena metode ini berkaitan dengan gaya hidup, aktiviti, dan kesi hatan Anda secara umum''


​

​

​''Tujuan dari dilakukannya fisioterapi adalah mengembalikan fungsi tubuh setelah terkena penyakit atau cedera. Jika tubuh menderita penyakit atau cedera permanen, maka fisioterapi dapat diprioritaskan untuk mengurangi dampaknya''
 

bottom of page